Thursday, August 27, 2009

petang yang nyaman dan hpa

petang yang nyaman.
kubawa anak anak.
kepasar ramdhan.

petang yang nyaman.
kujalan jalan.
antara gerai dan promo usahawan.

petang yang nyaman.
ada lauk ekonomi,
cuma sebungkus 200 sen saja.
kulihat penjualnya.
tidak bertudung.
dan pembantunya tidak menutup aurat.
ah,masih sudi seorang lelaki muda.
membeli dengan senyum lebar untuk kekasih hatinya.

petang yang nyaman.
ada dadih segar.
tepung talam dan wajah makcik yang tidak senyum.
agaknya kakak itu terlupa.
usahawan itu perlu menjual senyuman.
untuk ditukar dengan pitis dari poket kita.

petang yang nyaman.
ada tabung derma untuk masjid dan rumah anak yatim.
bergerak dari sudut ketepi gerai nasi kawah.
hulurlah bang.
hulurlah dik.
dermalah makcik
dermalah ,dermalah , dermalah.
satu hari nanti.
ada bonus besar untuk akhiratmu.

petang yang nyaman.
kubawa anak anak pulang.
dari pasar ramadhan.
kerana dirumah.
ada rendang ayam hpa ibu masakan.
ada jus mangga hpa bersama susu disediakan.
ada radix cola,radix oren, radix sarsi dan radix ice cream soda.

petang yang nyaman.
adalah keseronokan dan mencari pahala.
sebelum tiba waktu berbuka.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com