Friday, August 28, 2009

perempuan itu jutawan pahala.

aku terus membaca.
tentang perempuan itu mudahnya menjadi jutawan.
setiap ibu yang ada janin dalam rahimnya.
beristighfar malaikat untuknya.
diberi seribu kebajikan.
dihapus seribu kejahatan.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
kerana seorang wanita solehah.
lebih baik dari seribu lelaki soleh.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
tunaikan solatnya.
berpuasa cuma diramadhannya.
taat suaminya.
jaga kehormatannya.
silalah masuk mana mana saja pintu
untuk kesyurgamu.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
kerana
ibuku adalah perempuan.
isteri isteriku adalah perempuan.
anak anakku adalah perempuan.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com