Sunday, August 21, 2011

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik"

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik" sesekali rasa sedar yang dalam menyelinap masuk jauh kedalam diri kita. lalu hati pun merasa semakin jauh dengan "tunjukkilah kami jalan yang lurus".

lalu tuhan mendatangkan sedikit tegurannya-kita pun mengenang 24 jam yang telah berlalu yang kita lalui dengan sibuk mengejar sesuatu yang sementara. kita pun mengenang seminggu yang lalu,sebulan yang lalu,setahun yang lalu-mungkar mungkar yang telah kita lakukan.

mungkin sebulan yang lalu, kita baru membayar duit riba dari pinjaman rumah atau kereta,sedangkan ugama menyatakan riba itu perkara terkutuk sehingga Allah mengistiharkan perang pada riba.
"wahai tuhan yang Pengasih maafkanlah kami,ampunilah kami"Hati kecil pun berdoa.

Kita pun berjalan semakin jauh tetapi semakin dekat dengan tarikh malam pertama di tanah sempit yang gelap dan sempit.
mungkin sudah setahun, kita tidak menghias iman sendiri, lalu tidak ada satu ayat dari kita yang mengajak"wahai kawan kawanku mari pergi solat". sedangkan contoh dari nabi - tidak pernah mengajar untuk kita pergi ke syurga seorang diri .

bukankah di penghabisan usia baginda, baginda masih menunjukkan kasihnya dengan menyebut- ummati,ummmati, ummatku ummatku.

sedangkan zikir kita, mungkin sehingga penghabis usia-pulus , pulus

"sesungguh tuhan itu sayang pada hambanya lebih dari seorang ibu kasih pada anaknya".Aku pernah mendengar kata kata ini. aku cuba mencari kekuatan dari ayat ini.

"wahai tuhanku,janganlah engkau serahkan urusan diriku dalam tanganku, aku tak mampu" setitis demi setitis air jernih mengalir menuruni pipi.

Allah beri nikmat pada subuh ini untuk berfikir begini. hilang sebentar serabut semalam.
aku teringat pada cik mat yang pernah ku dengar ceritanya dari seorang kawan baiknya, Dr sarjit singh.
Satu hari ketika menghadiri satu seminar, cik mat menginap satu bilik dengannya. Azan subuh berbunyi, lalu dia melihat cik mat bangun, menghamparkan sejadahnya dan solat. Dr sarjit teruskan tidurnya.

sejam sudah berlalu, lalu dia terjaga. Dia melihat disebelahnya, cik mat masih di sejadah dalam posisi duduk dan mata terpejam. Dia bangun untuk melihat dengan lebih jelas untuk memastikan cik mat masih bernafas. sedikit pergerakan kepalanya depan dan belakang, menunjukkan cik mat masih bernyawa. Dia pun terus berbaring semula dan sejam kedua pun berlalu. lebih hairan ,cik mat masih begitu...

Masa untuk menikmati sarapan pagi pun tiba. Di cofee garden, hotel, dr sarjit singh dan cik mat sedang bersarapan.

" cik mat- kenapa sembahyang pagi tadi terlalu lama, setahu saya solat pagi untuk muslim cuma beberapa minit sahaja"

lalu cik mat pun bercerita- inilah masanya dalam seminggu dia akan bertafakur- mengenangkan seminggu yang telah berlalu , apa apa kegagalan, dosa dan kesalah yang telah beliau lakukan dan perlu dibetulkan. seterusnya dia juga merancang untuk seminggu kedepan apa yang perlu dia lakukan.

"Inilah amalan yang saya waris dari orang tua saya, bahkan dalam sebulan kami seluruh keluarga akan berkumpul disubuh hari dan masing masing akan begini sejam atau dua jam- bertafakur untuk memperbaiki diri sendiri.

Aku cuba menjadi cik mat kedua tapi rupanya bukan mudah untuk mengekalkan amalan ini, walaupun cik mat hanya berkelulusan sekolah darjah enam tetapi cik mat ada satu yang sungguh mahal dari ijazah sebuah universiti.

" cik mat, saya ada boss yang selalu marah marah. malah selalu di marahi didepan orang ramai. bahkan kesemua staff pernah mengalami perkara yang sama dek panas baran boss keparat ini. boleh bagi tips bagaimana untuk ubahkan perangai boss saya "tanya seorang pekerja di alor setar,yang hadir program pembangunan motivasi bersama dr sarjit.

Mudah saja jawab cik mat-ketika kamu berhadapan keadaan begini-bisikkan pada hati kamu, kesian, kesian.
sambung cik mat, kita tidak boleh mengubah dunia tapi percayalah, kitalah yang perlu berubah maka dunia akan turut berubah bersama kita.
kita tidak mampu mengubah panas baran seseorang tetapi kita mampu mengubah pandangan kita- sesungguhnya dia sedang menghadapi masalah jiwanya. jiwanya sakit kerana tidak mampu kawal marahnya.kasihanilah dia

sejak hari itu saya juga mendapat tips- bila ada yang marah marah -cakaplah, bisiklah pada diri sendiri -kesian, kesian.
jika seorang singh juga menjadikan cik mat sebagai idola motivasinya. lagipun tidak tertulis salah laku serius jika seorang doktor falsafah beridolakan seorang motivator yang sempat bersekolah sehingga darjah enam.

wallahuaklam-


No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com