Monday, August 22, 2011

mencari passport kesyurga-berceramah pada diri sendiri

"kalau tak mampu buat sedikit , jangan tinggalkan semuanya, buatlah apa yang menjadi utama kerana boleh jadi yang sedikit kita buat itu besar pandangannya disisi tuhan daripada buat banyak tapi kecil pada sisi tuhan" ustaz you tube memberi pandangannya.

pemarkahan adalah milik dan rahsia Allah. kita tidak tahu dimana kita boleh score markah terbaik kerana ia dinilai bersama ikhlas. Orang pernah berkata "kegembiraan bukanlah destinasi yang dituju tetapi kegembiraan boleh di kutip sepanjang perjalanan dari tempat kita bermula sehinggalah ketempat kita tuju.


Syurga Allah adalah destinasi yang kita mahu tuju kerana kita cuma ada dua pilihan bila di sana nanti- satu berbahagia di surga atau derita di neraka. Ingatlah wahai diriku! kamu tiada pilihan ketiga

oleh itu sepanjang perjalanan menuju syurga Allah , ada syurga syurga dunia yang boleh dilalui. syurga terbaik ialah rasa tenang dan damai dalam hidup ini. Ia berkait dengan soal hati, manakala hati dicipta makanannya ialah zikir-mengingati bahawa kita adalah manusia yang selalu beruntung yang dilahirkan.

walaupun hati berada dalam tubuh fizikal, hati tidak memerlukan semata mata nasi beryani atau ayam golek terbaik untuk berasa tenang kerana bila perut kenyang tidak ada makna yang besar walau dihidang satu periuk kesedapan makanan. bila dalca kambing melepasi lidah maka hilanglah erti kesedepan. lalu hatipun terus mengambara mencari kebahagiaan. jika jauh dari tuhan, lidah tidak memahami kehendak hati, maka tiadalah zikir dari lidah untuk contribute kepada hati.

Hati mungkin berbahagia, sehari dua bila mula masuk rumah baru, kerana dari mata turun kehati. tetapi hati juga ada kelakuannya sendiri, sentiasa tidak puas dan berkehendak perkara baru. bila ada rumah yang lebih elok berdiri disebelah kediaman seseorang, hati pun mula meronta-alangkah bahagianya jika aku punya bajet untuk buat rumah yang lebih baru. maknanya hati makanannya bukan harta dan kemewahan kerana hati sedar kesemuanya itu akan pergi dan berpisah dengannya. lalu hati sentiasa kehausan berharap supaya makanannya di suap.

Kita pun mencari dan mencari dan selalu tersalah memberi makanan kepada hati.
begitulah hari demi hari. hati kita pun berbolak balik. turun naik mengikut pasaran saham disekelilingnya. amat susah menjaga hati, lalu beginilah aku setiap hari ketika berkereta dan bermotosikal berceramah pada diri sendiri. kekadang ala ustaz asri ,kekadang bagaikan sabihul samahah, sesekali seperti tuan guru.

Entahlah tidak aku tahu dimana aku beroleh kaedah ini, tetapi kesannya ternyata luarbiasa. aku mulakan salam pada diri sendiri, berceramah dengan penuh perasaan pada diri sendiri untuk membangkitkan kesedaran maksima.

sibuk berurus dengan dunia yang sementara, selalu tidak sempat untuk mendengar tazkirah, maka alternatifnya terpaksalah aku bersceramah pada diri sendiri. Jika berkaraoke adalah liburan yang dicari untuk menghiburkan hari yang resah gelisah, sesekali berceramah pada diri sendiri dan lihat kesannya. adakalnya kolam air mata bergenang dan melimpahi, turun membasahi pipi. dan kita berharap semoga airmat itu memepunyai nilai yang besar untuk menjadi passport ke syurga.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com