Wednesday, August 17, 2011

"Accomplish it or do not begin" ...mencari tuah hidup.

"Accomplish it or do not begin" aku terpandang kata kata bermakna ini pada pintu masuk sebuah sekolah gred A di Bukit Mertajam ketika melintasi jalan depannya.

bagiku kata kata yang menginspirasikan yang sedang berpesan " sudahkan atau jangan bermula". Ia mencabar ego seorang insan dan mendebarkan daya juang seorang pelajar tua sepertiku.

ya ,dulu aku juga seorang yang pernah duduk bersekolah bermula dari sekolah sains ternama, separuh jalan di tangga universiti dan teruskan kuliah di pusat kemahiran sehinggalah tamat kuliah dijalanan. begitu kuat sekali jiwa muda meneroka, semata mata untuk ilmu dan pengalaman baru.
Bukankah sepanjang hidup insan adalah menjadi pelajar dan pengajar. Paling leceh pun, sekurangnya jadilah guru pada diri sendiri.

"Tuah dalam hidup ini ialah bilamana ada rasa mahu belajar"otakku mula bersyarah pada diri sendiri.

"sewaktu masing masing puak mengatakan akulah yang betul, puak itulah yang sesat sedangkan masing masing memegang alquran di tangan kiri dan kanan, aku semakin merasa orang yang sudi belajarlah akan merintis hidayah"

"Adakah hidayah ini sama seperti jodoh, ia perlu dicari, di doa dan diusaha"? otakku semakin nakal bertanya.

Hari ini hari nuzul Quran. Turunnya buku panduan kepada manusia untuk dijadikan manual rujukan,
bagaimana manusia ini harus beroperasi dan dioperasikan.
dulu aku pernah mendengar satu logika yang disampaikan oleh seorang sarjana.
bila manusia mula memasukkan diri mereka dalam dunia industri, maka terciptalah komputer,tv,mesi basuh dan segalanya. pada setiap ciptaan ini disisipkan sebuah manual panduan untuk pengguna jadikan rujukan ketika mula mengoperasikannya.
kita pun membuka dan membaca lebih kerap pada permulaan membelinya supaya setiap mesin ini di operasikan dengan betul. setelah mahir menggunakannya, manual itu tidak lagi dilihat.

"apakah aku sudah merasa terlalu mahir untuk kendalikan hidup ini, maka buku panduan hidup manusia ini telah lama tidak kurujuk?ke situ pulak otakku bertanya.
"atau apakah aku sudah biasa dan selesa dengan hidup ini,tidak payahlah sebarang buku panduan ini". soalan dan demi soalan mengasak di hati kecil.

"sedangkan hakikatnya hidupku semakin kosong, stamina dan perfomance semakin menurun, kenapakan aku tidak kembali mencari semula buku panduan yang diturunkan bersama penciptaanku" jawap hati kecilku yang paling kecil.nampaknya semakin sengit otak baik sedang berhujah dengan otak jahat

sebenarnya aku rindu pada rajah rajah dan diagram diagram hidupku yang sebenar. aku rindu pada buku panduan hidupku. tapi sering saja ada alasan keramat ini,nantilah, aku akan mulakan satu hari nanti.

"kenapalah aku lemah dan sering menangguh untuk melakukan kebaikan,
wahai Tuhan, titislah setitis demi setitis kekuatan itu padaku"sempat juga aku berdoa mengharapkan supaya aku boleh terus accomplish it.

Alangkah lemahnya seorang insan jika tanpa hidayah...terkapai kapai mencari buku panduan yang telah lama hilang...

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com