Thursday, August 4, 2011

beli dan tukarkan sedikit pandangan.

sebuah kedai kecil tapi sewaannya ribuan. aku lihat seorang usahawan muslim tabah bersaing diantara pasaraya besar dari british dan perancis. khabarnya gedung yang serba menawarkan jualan hebat kepunyaan seorang yahudi luarnegara. untungnya seorang yahudi di malaya.

aku kekedai nombor 69, membeli beberapa barang. cuma aku dan dia saja sedang berurusan. aku tahu biar mahal sedikit dari pasaraya berdekatan tetapi aku sedang memberi input ,talian hayat untuk kedai kecil ini supaya terus berdiri dan bernafas untuk puluhan tahun lagi.

Entah bagaimana datangnya idea, aku tak peduli, tapi aku percaya, aku membeli dengan satu niat,aku memberi sedikit keuntungan kepadanya supaya dia ada untung untuk bersaing dengan pasaraya hebat itu. dapat melunaskan sewaannya malah mungkin membeli susu anaknya.

biarpun aku memberi sedikit tetapi sekurangnya aku seperti burung kecil yang menitis air dari paruh kecilnya untuk memadam api yang sedang membakar Ibrahim.
walaupun orang besar mungkin berkata" buat apa beli di kedai itu, lebih mahal dari pasaraya"

"hanya orang bodoh sahaja yang membeli dari tempat yang mahal harganya" jerit suara lain.

"Biaralah aku nampak bodoh sebentar, tapi aku punya harap tinggi untuk melihat kedai wanita tabah itu terus bernafas dan ada kemeriahannya. lagipun aku telah lama hidup bergaul dengan wang yang hanya kertas yang dicetak cetak, dilukis lukis dan sejak dari dulu aku berlari untuk berebutnya" hujahku di dalam hati untuk memujuk rasa.

Hari ini wanita itu senyum lebih lumayan untuk wang yang kutukarkan dengan barangannya. lagipun bukankah ini ramadhan, bulan untuk memberi sebanyak banyaknya.
bukankah senyuman itu sedekah. bukankah berniat untuk berbuat kebaikan itu pahala.
lakukan saja Bro!

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com