Friday, March 27, 2009

Adik nik nur madihah nik ismail, cikgu kecil untuk perjuangan besar

sewaktu memandu melepasi jambatan pulau pinang,radio ikim menjadi halwa telinga untuk petang jumaat yang "jammed "tahap maksima.juruhebah berkisah tentang dokumentari adik nik nur madihah.kejayaannya memperolehi 20 A dalam spm 2008 dan mereka mereka yang disekelilingnya yang menyumbang kejayaannya.gabungan kecekalan nur madihah berusaha dan kegigihan guru gurunya yang bukan saja menyumbang ilmu tapi wang ringgit dan motivasi.
ibunya yang bercerita tentang setiap malam tahajjudnya.gurunya yang mendorong berpuasa sunat dengan falsafah bahawa berpuasa mampu menjadikan diri insan pengurus masa yang baik.kawan kawan nya pulak bercerita tentang minat mendalam beliau terhadap dunia ilmu.benarlah tidak ada keseronokan yang hebat melainkan melakukan sesuatu yang kita minat.
usaha guru gurunya membuat kutipan dan menyumbang sebanyak rm 200 sebulan sebagai penyuntik motivasi kepadanya.saya meyakini ini akan menjadi amalan jariah terbaik guru gurunya.sehinggakan disaat memilih institusi pengajian seterusnya guru guru yang bersama mencipta kejayaannya dirujuk buat pedoman.moga tercapai hasrat pertiwi muda ini untuk menjadi pakar fizik.
nik nur madihah sewajarnya dijadikan cikgu kecil untuk perjuangan besar khasnya semangat dan kegigihannya yang sentiasa remaja.anak anak muda dan anak anak tua seperti saya juga sewajarnya meremajakan semangat dan kegigihan jika ingin luarbiasa berjaya dalam apa saja bidang.selamat jadi manusia luarbiasa.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com