Monday, May 11, 2009

cukuplah tujuh pakaian untuk kita dalam seminggu.-jom sahut arahan PU HPA


pada muka surat sebelas,metro HPA.ini adalah nasihat pengarah urusan HPA,tn hj ismail hj ahmad.
cukuplah tujuh pakaian untuk kita dalam seminggu.elakkan pembaziran kerana semua itu akan disoal di padang mahsyar nanti.
bagi mengelak pembaziran dalam "kerancakan "kita membeli dan menempah pakaian baru yang akhirnya hanya "terdampar" didalam almari.
HPA terpanggil untuk mengadakan program sosial untuk mengumpulkan pakaian terpakai untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.
anda boleh meletakkan baju baju yang hendak disumbangkan di semua cawangan cawangan HPA.
dan insyaAllah baju baju itu akan dihimpunkan sebelum dijual dengan harga murah dan semua duit kutipan 100 peratus akan diberikan kepada fakir miskin.
bagaimanapun,nasihat hj ismail ialah pakaian yang hendak disedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika kepejapat atau ketempat keramaian.
"kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.
"percayalah..jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan disoal oleh ALLAH kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat islam berada dalam kemiskinan.
"tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja untuk kegunaan 7 hari seminggu"katanya.
semoga sumbangan amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia
untuk menerima arahan.
jom sesama membantu.saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan pejuang HPA.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com