Tuesday, November 29, 2011

seminit pun tak diam

"prakkk" cermin kaca tebal  berdiameter lebih dari empat kaki berpecah kepada lima bahagian. hasil dari hempatan kepala paip water filter yang masih bersinar dengan chrome-nya. cermin untuk meja antik yang dijaga bertahun, musnah dek tangan sikecil yang baru berusia setahun dua bulan.

"Fuuh seminit pun tak dok diam" keluh dua si kakak yang menjaganya sambil sibuk berfacebook.

begitulah Nur deena saffiyah. membesar tanpa seminit pun dok diam. tapi yang pasti dia menghiburkan. Tuhan kurniakan pada anak anak kecil bakat dan keletah yang menyebabkan orang dewasa terasa dia sedang menikmati hidup.

pagi berlari, petang berlari,malam berlari. falsafah hidup yang mudah . ketawa gembira dan berlarilah. kerana hidup adalah begini.

setiap hari dia menghiburkan dirinya - menari, dikejar, menjerit dan memeberi khabar pada penjaganya-nikmatilah hidup ini kerana bahagia ada dimana mana.. ada satu pesan untuk penjaganya- kami adalah kain putih yang perlu warna dan corak yang betul untuk terus tertawa di sepanjang hidup.

saya sebagai bapa perlu  melihat dunia dari sisi mereka. bukankah dulu kita pun pernah melalui saat saaat indah itu. Jangan disia siakan kegembiraan itu.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com