Tuesday, July 26, 2011

honlulu 2.0- kelazatang haruang dan beras cap rambutang

Sang haruan sungai menggelegak di dalam periuk bersama ramuan simple - kunyit hidup, serai asam keping,bawang putih dan merah,sebiji dua cabai melaka,daun kesum, garam dan belacan.

"resepi mudah tapi ada rasa istimewa malah sesuai untuk ibu selepas bersalin dan bakal bapa selepas masuk jawi"gesa ibu satu waktu dulu yang aku masih hafal sampai sekarang.

Nasi panas kosong, musim genuak dan ikan sungai yang tidak tercemar mungkin pilihan terbaik di zaman moden ini bilamana semua makanan dunia di reka dengan perasa tiruan dan dikatakan menjadi punca pencipta penyakit baru.

"jadilah makananmu itu ubat dan jadilah ubat itu makananmu" gesa seorang herbalis ketika memberi tips untuk bahagia sepanjang perjalanan hidup ini.

Pulang ke daerah hulu paling hulu, untuk upgrade/menaiktaraf sedikit kehuluannya maka aku senang memanggil honlulu selama, seumpama mencari vitamin dan zat zat yang semakin pupus di mukabumi ini.

alangkah enaknya telur ikan lampan yang baru bunting pertama kalinya, lalu dibakar pada bara api dalam bungkusan daun pisang, alangkah sedapnya anak anak ikan sungai dan sawah bendang yang di masak cetum.

satu satunya yang telah hilang ialah kewangian beras kampung yang tidak mengalami proses pemutihan beracun.

yang ada di dapur ibu cuma beras dari negeri antah berantah cap rambutan. beras yang perlu mengalami proses permandian berhadas, itu yang aku agak


No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com