Tuesday, July 26, 2011

daerah hulu yang paling hulu (honlulu )selama, perak-2011/07/23

"aku pulang ke kampung ku semalam"

lagu sohaimi mior hassan itu kunyanyikan sepanjang perjalanan, ketika kedua tangan sibuk memusingkan stering untuk menggerakkan tayar supaya seiring dengan jalan batu yang nama berdaftarnya ialah jalan sungai ular.

"Patutlah, jalan sebegini bengkang dan bengkok, mungkin jurutera JKR yang dulu makan gaji separuh buta dan separuh celik, semasa merangka jalan raya ini pun mendapat ilham dari sungai ular bersebelahan yang lebih seribu kali bengkok, mudah banyaklah kalau kerja tidak mahu innovatif macam ni" hatiku cuba mewajarkannnya.

"atau otakku yang jahat memikirkan bukan bukan". Ini sangkaan yang tidak positif Brader. Sangkaan sebegini kalau dibiarkan terus terusan boleh menjadi habit yang merosakkan pemikiran.

kereta terus meluncur laju, membelah di antara celahan daun daun kelapa sawit yang berjuntai menaungi jalan. pokok kelapa sawit penakluk alam dan tidak ingin bersahabat dengan lain lain komuniti, sehinggakan setiap ada sahaja ladang kelapa sawit, di lantai tanahnya, rumput dan pokok kecil sentiasa bewarna perang akibat dari diserang racun pemati.

"Boleh blahlah engkau, wahai sawit perosak ekosistem" hatiku sekali lagi memberontak.

"semuanya kerana duit duit"

" semuanya kerana kapitalis. dasar kaum pemodal yang menyerapkan fikiran salah".

"Dumm".Hentakan bercampur kegeraman.

Pintu kereta kututup. Beg duit kucapai dan tiba masa untuk shopping sambil menolong bisnes warga desa. kukira langkahku satu persatu. lapan puluh tujuh langkah aku berhenti pada pakcik/abang banjar.

"sekilo duabelas" dia menawarkan

" ok saya setuju"

Satu persatu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.

"sekilo seratus. Bagi tiga belas sudah" wajarnya

"Ok, boleh". saya atau aku pun mengiyakan.

kulihat tangannya jujur sekali menambah dua ekor si anak haruan yang masih melompat lompat.

" Ini sedekah saya"

"terimakasih abang"

aku menemui sesuatu yang telah lama hilang pada pakcik ini, perniagaan dan sedekah. tiga puluh lima tahun dulu, jual dan ada sedikit untuk disedekah adalah lumrah untuk komuniti kami.
hari ini aku temui sisa sisanya pada pakcik tua ini.

diam diam aku berdoa " semoga sedekah pakcik ini akan menjadi seperti dari sebiji gandum yang disedekah lalu membesar menjadi sepuluh tangkai gandum yang lebih baik".

aku menoleh kepada pakcik banjar kembali sewaktu sampai pada gerai nombor tujuh, si penjual pisau dari besi rel keretapi.

dia juga sedang berdoa padaku sambil mencium wang yang tadi kubeli ikan ikan segarnya.

Agaknya beginilah doanya

"wahai Tuhan yang menaburkan rezeki dari lautan dan daratan, terimakasih atas pemberianMu.
Aku doakan agar anak muda tadi, engkau lapangkan rezekinya, lapangkan waktunya,biar dia mampu datang lagi untuk membeli ikanku.

Kini pisau dan duit pun bertukar tangan.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com