Thursday, October 22, 2009

Aku ikhlaskan diriku bersama HPA .bacalah buku terbaru tuan hj ismail,NIAT -sebuah pantulan cahaya iman.



buku kecil ini dihadiahkan oleh seseorang sewaktu berkunjung ke hpa bandar perda.dari minda PU HPA Tn. Hj. Ismail bin Hj Ahmad.

NIAT adalah sebuah buku yang wajar dibaca untuk semua usahawan muslim.

-niat adalah bicara hati.cermatilah bahasa hati agar dia sentiasa benar benar lurus dengan perkataan dan perbuatan-mukasurat 12.

-seekor burung nuri boleh mengungkapkan lafaz niat yang tepat tetapi burung tersebut tidak upaya untuk merasai lafaz itu dilubuk hati apatah lagi memperjuangkan niat dalam sebuah wadah perjuangan-mukasurat 17.

pada halaman terakhir bacalah pesanan ini.

orang yang

tidak menjadikan niat

sebagai

agenda penting hidupnya

sebenarnya mereka

tidak mempunyai

perasaan takut dan harap

kepada Allah SWT

melainkan sedikit sahaja

terutama pada

kejadian kejadian tertentu.

semakin tinggi

kesedaran seseorang

untuk menjaga niat

semakin hampir

dia dengan Allah SWT

sehinggakan setiap waktu

niatnya sentiasa diperhatikannya agar

tidak wujud

tujuan yang kedua.

(sumber buku NIAT -pu hpa)

gen6kpu.

Wednesday, October 21, 2009

doa untuk RADIX PIZZA HOUSE


ada yang mungkin nak bermula dari sini.
ada yang melihat radix pizza sebagai motivasi untuk mula join bisnes multilevel syariah HPA
ada yang melihat lebih jauh dari itu.
mungkin makna sebuah perjuangan.
lorong depan dan mula untuk sebuah perjalanan yang panjang
saya doakan untuk RADIX PIZZA HOUSE.
semoga berjaya dan gah satu hari nanti.
memartabatkan ekonomi ummah.

Saturday, October 17, 2009

mulakan disini.alang alang bisnes biar sampai kesyurga.

wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
sambil belajar
dan bercerita
bagaimana mahu menjadi pegawai perhubungan awam yang baik.
kerana perniagaan adalah ilmu dan skill untuk memenangi hati pelanggan.

wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
kita belajar menjadi pendakwah.
bagaimana untuk cekal dan sabar
mencari orang yang mahu kejayaan.

wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami
kita mulakan hari ini.
supaya kita boleh berlari pada hari esok.

wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
kita bina syurga dunia ini.
buat jambatan ke syurga akhirat suatu hari nanti.

wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
mulakan disini.
bersama HPA

Friday, October 16, 2009

sekali hidup,carilah sekurangnya satu medan untuk berdakwah.'join"HPA dan alami keistimewaanya.

hidup di sini hanya sekali.sekali hidup cuma ada peluang sekali untuk berjuang.
selepas ini berlaku kematian.
tetapi kematian adalah cuma syarat untuk transfer kealam kehidupan kedua.ini bermakna kita mati hanya mungkin beberapa jam.kemudian bermulalah alam kubur.ingatlah malam pertama di alam kubur.
malam yang indah dan penuh nikmat atau malam yang derita dan penuh penyesalan.cuma dua pilihan saja saya dan anda boleh memilih.

marilah kita mendoakan kehidupan kedua yang baik dan penuh nikmat.
marilah kita bermula dengan menjadi pejuang dikehidupan pertama ini dengan menjadi pendakwah.
mai mai pilih satu medan untuk ajak manusia dekat dengan tuhan pemilik alam kubur.

tidak ada lulusan dari pondok atau universiti islam.
itu bukan alasan untuk tidak ajak orang lain berubah menjadi lebih baik.
saya ingin berkongsi dengan saudara saudara sekelian.bagaimana untuk menjadikan HPA sebagai medan dakwah untuk kembangkan produk halalan dan toyyiba.lebih dari itu saya dan anda berjuang untuk memartabatkan ekonomi umat islam.

kerna jangan pandang remeh pada sekecil kebaikan yang mampu kita lakukan kerana mungkin kebaikan itu dinilai besar pada pandangan Allah sebagaimana jangan pandang remeh pada kemaksiatan yang kecil yang mungkin kita lakukan kerana takut takut semasa itu kemurkaan Allah besar.

so jangan pandang pandang saja.
jangan jeling jeling saja.
mari bersama kami,
dan bawalah bersama orang yang paling anda sayangi.

gen6kpu.tq

Monday, October 12, 2009

elakkan membuka bil bil tersembunyi untuk rawatan dihari tua.jaga makanan dan melaburlah dalam dunia herba.

melaburlah sikit dari pendapatan anda dalam dunia herba untuk kekayaan kesihatan di hari tua.anda mampu menyelamatkan ribuan ringgit dikemudian hari.

inilah pesanan untuk diri sendiri.
dunia makanan penuh dengan cas cas tersembunyi.bila makanan disuap kedalam mulut bermakna kita sedang membuka bil bil untuk rawatan kesihatan dihari depan.

masih ragu ragu.
jom kita lihat satu demi satu.
ini nasi yang kusuap.adalah dari padi yang membesar dari segala brand racun dan baja ciptaan.
ini ikan yang kumakan.adalah dari laut dalam yang disegarkan dengan segala pengawet mayat sebelum tiba didaratan.
ini sayuran hijau yang kuhidang .adalah dari tanah tinggi .yang serangga pun tak sudi nak jamah.
ini buah buahan yang lazat.perhatikan dari benihnya, mungkin genetik yang menyebabkan kecelaruan dna nya.buahnya diperam bersama kabaid untuk kelihatan comelnya.

jadi.kita mungkin tiada pilihan.
kecuali carilah peneutral alami yang terdapat dalam herba hutan.cari anti oksida pada herba tempatan.carilah anti kanser pada alam sekeliling kita.

mudahnya,marilah bersama HPA dan kenali dunia herbanya.sungguh mahal nilainya.

Thursday, October 8, 2009

dhuha yang nyaman dan segelas kordial asiatica.

satu pagi.
dhuha yang nyaman ini.
enak rasanya.
segelas kordial centella asiatica.

dhuha yang nyaman ini.
perhatikan poko kecil asiatica itu.
cubalah mencari keajaipan pegaga itu.
lihat daunnya membentuk dua sisi otak kanan dan kiri.
benarlah kata PU HPA.
ia adalah baik untuk IQ dirimu dan minda anak anak mudamu.

satu waktu dulu .
aku diajar.
memakan daun dan batang nya.
memamah akarnya.

kerana
itulah logik hukum alam dan gravitinya.
khasiatnya itu mengalir pada akar.
sambil itu pesanlah untuk diri sendiri.
kembalilah pada akar diri.
kita dulu dari tanah.
membesar dengan zat tanah.
akhirnya kembali ketanah jua.

dhuha yang nyaman ini.
sebotol kordial asiatica.
adalah hadiah untuk diri sendiri.

mari bergembira dengan problem.hidupkan otak sendiri dengan skill "no problem"

ada satu ayat menarik yang saya baca pagi ini.
cabaran MENARIK bagi hidup insan ialah selesaikan masalah.
bersama dengan kelahiran manusia ialah skill atau keupayaan untuk menyelesaikan masalah.untuk selamat dunia dan akhirat pertajamkan skill, selesaikan masalah dan jangan lupa rujuk buku panduan terbaik dari tuhan yang mencipta segala kejadian iaitu Alquran.buku panduan ni amat penting kerana nak hidupkan suis insan tentulah maklumatnya ada pada orang yang mencipta insan itu.
renung renungkan!

fuuh bayangkan dunia tanpa cabaran.masa yang dilalui tanpa sebarang aktiviti.jemu,skema dan sungguh memboringkan.otak sifatnya kena difungsikan.otak sifatnya ialah mencari soalan dan cuba selesaikan.otak adalah seperti aliran air .jika air mengalir maka jernihlah.jika air tidak mengalir tidak ada indahnya.
so jangan keruhkan otak sendiri,benarkan otak bekerja!

jadi mari bergembira dengan menjadi problem solver.mari hargai untuk berhadapan dan berdunia dengan cabaran dan masalah.
enjoy enjoy kan diri anda untuk merungkaikan masalah.mari merasai syurga dunia sebelum merasai nikmat sebenar dan kekal disyurga Allah diakhirat nanti.

hargailah otak yang tuhan kurniakan dan jadilah orang yang tahu berterimakasih.
THANK YOU ALLAH

Wednesday, October 7, 2009

face to face.bagaimana mahu mencari bonus besar.

kenali orang yang berjaya jika ingin berjaya.
itu diantara pesan dan azimat untuk mencari jalan jalan kejayaan buat panduan panduan kepada diri sendiri.
diantara program kelab pemimpin utara hpa,baru baru ini ialah sessi bersama pengarah jati setia.
program yang simple tapi besar manafaatnya.
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan bersama dua orang pengarah jati setia dan berbincanglah selama 40 minit "face to face".
tanyalahlah mereka bagaimana mereka membina jalan jalan untuk dapat bonus besar.atau kemukakan masalah sendiri,kenapa pangkat besar tetapi bonus tak beberapa besar.

fuuh memang ada tip tip yang power.
antaranya:
1-jangan ego dan jangan malu.
kerana orang ego tidak didekati orang.orang yang malu tidak mahu mendekati orang.tanpa orang baru bermakna tidak ada rangkaian baru.

2-usaha dan jangan jemu.
kerana manusia yang tanpa putus asa akan terus berusaha dan mencuba.ini tugas kita yang bernama khalifah untuk ajak orang buat baik dan dapat manafaat.dekati downline selalu,sms selalu dan motivasi motivasikan.

3-fokus
lebih kurang maknanya buat kerja dengan step orang berjaya untuk berjaya.
bila mempromo atau nak cari downline bawalah kit niaga.seperti nak keluarkan air dari dalam telinga,kena masuk air sikit dulu beb,barulah yang didalam tu mahu keluar.he he semoga berjaya

Thursday, October 1, 2009

mencari motivasi di dewan RFC heights bersama barisan kepimpinan HPA

ahad lepas masih dalam mood raya,saya menghadiri program motivasi seliaan kelab pemimpin utara.beginilah hidup dan perniagaan perlu selalu ada motivasi untuk terus meningkat daya juang.
berkawan dengan orang yang berjaya supaya kita berfikir seperti orang nak berjaya.
beberapa tips dari pengarah kpu,ustaz azizan.antaranya ialah nabi pernah bagitau orang yang bijak ialah orang yang ingat mati.jadi link linkkan apa saja kejayaan yang kita perolehi untuk membina transaksi kesaham akhirat.
paling mudah wahai diriku,sumbangkan lah pada perjuangan mempromosikan produk halal.perbanyakakan downline dan terus berjihad.
diluar sana berjuta umat islam perlu mengenali bisnes produk hala HPA.ia bukan sekadar perniagaan tetapi ia adalah jihad untuk ekonomi umat islam seluruh dunia.
mari bersama kami