Thursday, October 8, 2009

mari bergembira dengan problem.hidupkan otak sendiri dengan skill "no problem"

ada satu ayat menarik yang saya baca pagi ini.
cabaran MENARIK bagi hidup insan ialah selesaikan masalah.
bersama dengan kelahiran manusia ialah skill atau keupayaan untuk menyelesaikan masalah.untuk selamat dunia dan akhirat pertajamkan skill, selesaikan masalah dan jangan lupa rujuk buku panduan terbaik dari tuhan yang mencipta segala kejadian iaitu Alquran.buku panduan ni amat penting kerana nak hidupkan suis insan tentulah maklumatnya ada pada orang yang mencipta insan itu.
renung renungkan!

fuuh bayangkan dunia tanpa cabaran.masa yang dilalui tanpa sebarang aktiviti.jemu,skema dan sungguh memboringkan.otak sifatnya kena difungsikan.otak sifatnya ialah mencari soalan dan cuba selesaikan.otak adalah seperti aliran air .jika air mengalir maka jernihlah.jika air tidak mengalir tidak ada indahnya.
so jangan keruhkan otak sendiri,benarkan otak bekerja!

jadi mari bergembira dengan menjadi problem solver.mari hargai untuk berhadapan dan berdunia dengan cabaran dan masalah.
enjoy enjoy kan diri anda untuk merungkaikan masalah.mari merasai syurga dunia sebelum merasai nikmat sebenar dan kekal disyurga Allah diakhirat nanti.

hargailah otak yang tuhan kurniakan dan jadilah orang yang tahu berterimakasih.
THANK YOU ALLAH

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com