Thursday, November 12, 2009

mencari bahagia hidup.bisnes yang dicari semua manusia

membaca rencana Pu hpa ,tuan hj ismail dalam jawimedherb blogspot memang terkesan dihati.

hebatnya seorang muslim itu ialah bila beroleh kebaikan dan nikmat ia bersyukur.
bila ditimpa keburukan ia bersabar.
tapi untuk "apply "kan dalam hidup seharian tidaklah semudah menyebutnya.
perlukan ilmu,latihan dan diuji.

jom terus membaca buah fikiran dan motivasi dari orang nombor satu HPA ini.

Buat semua warga kerja HPA.
Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan “hamba-hamba Allah yang soleh”, amin.
Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh) dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan bibir muslim dalam setiap detik dan waktu.
Tenanglah hati dalam menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba itu menuntut sejuta kesabaran.
Mereka yang kuat ujiannya terdiri dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan masing-masing.
Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan, tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com