Tuesday, November 29, 2011

seminit pun tak diam

"prakkk" cermin kaca tebal  berdiameter lebih dari empat kaki berpecah kepada lima bahagian. hasil dari hempatan kepala paip water filter yang masih bersinar dengan chrome-nya. cermin untuk meja antik yang dijaga bertahun, musnah dek tangan sikecil yang baru berusia setahun dua bulan.

"Fuuh seminit pun tak dok diam" keluh dua si kakak yang menjaganya sambil sibuk berfacebook.

begitulah Nur deena saffiyah. membesar tanpa seminit pun dok diam. tapi yang pasti dia menghiburkan. Tuhan kurniakan pada anak anak kecil bakat dan keletah yang menyebabkan orang dewasa terasa dia sedang menikmati hidup.

pagi berlari, petang berlari,malam berlari. falsafah hidup yang mudah . ketawa gembira dan berlarilah. kerana hidup adalah begini.

setiap hari dia menghiburkan dirinya - menari, dikejar, menjerit dan memeberi khabar pada penjaganya-nikmatilah hidup ini kerana bahagia ada dimana mana.. ada satu pesan untuk penjaganya- kami adalah kain putih yang perlu warna dan corak yang betul untuk terus tertawa di sepanjang hidup.

saya sebagai bapa perlu  melihat dunia dari sisi mereka. bukankah dulu kita pun pernah melalui saat saaat indah itu. Jangan disia siakan kegembiraan itu.

Monday, November 28, 2011

mengapa lelaki perlu menulis

menulis adalah sebahagian nikmat hidup. nikmat apa ya?
nombor satu ialah nikmat kesihatan. mental terasa lebih rileks. bila sesuatu telah diluahkan pada skrin-terasa ringan beban seharian. bila sesuatu telah dikongsikan terasa pulak nikmat memberi. Pelik dan itulah realiti hidup insan.

kajian menunjukkan lelaki memendam masalahnya. sukar untuk  bercerita, tidak diluahkan.Anda ingin tahu musibahnya-baca sehingga habis cerita ini.
orang sekarang memberi satu tafsiran iaitu control macho.

 pendidikan tak formal dahulu lelaki adalah pemburu-pencari makanan. petua orang yang berjaya memburu tidak perlu banyak sembangnya kecuali anda seorang DJ. startegi untuk menawan musuh ialah rancangkan diam diam. tajamkan penglihatan lalu balingkan tombak dan  buluh runcing supaya tepat mengenai  pada sasarannya.. Bidikan dalam diam selalu menampakkan hasil..

itulah kisak suatu waktu dulu-kejam dan mancho. tiada airmata dan sembang dayu mendayu yang menusuk kejiwa. Dan lelaki dengan bangganya akan menggendong sekeor dua kambing gurun, lalu  berjalan pulang untuk dimakan bersama sekeluarga. walaupun ada pesan anbi supaya bercakap cakap ketika makan-tetapi ramai yang diam menghormati nasi di pinggan.

hasilnya umur lelaki lebih pendek.tidak bercakap adalah habit yang tidak mengungtungkan. perkara dalam tidak terluah.

 keran masalah atau stress adalah racun yang memakan struktur fizikal dalaman lelaki. lebih lebih lagi -zaman sekarang memburu matawang tidak se  adventure seperti memburu di padang hijau yang kaya dengan oksijen. dan hubungan dengan alam.

Yang tidak bersetuju- cuba berhujah begini

" lagipun kalau semua manusia umurnya panjang, sistem pusingan alam tidak menjadi. mana boleh dunia di tongkatkan dengan tenaga orang tua. kerana dunia semakin berat dengan masalah dan bebanan" begitulah  hujah orang ingin umurnya pendek.

oleh itu saranan saya - lelaki perlu melakukan terapi untuk umurnya  panjang dengan menulis dan menulis,
ambil contoh orang perempuan yang  akan sibuk bercakap, bercerita dan berleter. semuanya untuk umur yang lebih panjang supaya harta silelaki tidak terbiar begitu sahaja. he he he

pesan nabi -muhammad salallahualaihi wasalam- sebaik baik orang ialah panjang umurnya dan banyak kebaikannya.

"mari jadi orang yang panjang umurnya dan baik pula servis pada masyarakatnya" pesan saya pada diri sendiri

Sunday, October 23, 2011

kisah cinta di pagi ahad

sembang pagi-cinta

aku memilih dan bersuara

“dua nasi lemak dan dua kuih”

“dua ringgit lapan puluh sen”

aku membayar untuk akak ramah si penjual nasi gerai pagi . Letaknya di simpang jalan didepan rumah dua tingkat miliknya. aku memanggilnya makcik corner lot.

“Abang,hari ini seorang saja,akak tak ikut pulak”

Seorang lelaki separuh abad tersenyum. Dia adalah pejalan kaki setia yang selalu ku jumpa setiap pagi menuju ke market pagi yang lebih kurang 4000 meter dari kawasan perumahan kami. Hari ini dia berseorangan, tanpa temannya.

“Hmm,kakak ikut anaknya ke KL, jaga cucu 2 minggu”.

Dia memberi repons pada pertanyaan akak alias makcik corner lot alias si penjual nasi lemak. dan dia meneruskan langkahnya.

” Anaknya beli kereta untuknya, dia jarang naik. setiap pagi dia bercerita dengan buah hatinya. dia pegang tangan isterinya. mereka bercerita sepanjang jalan. isterinya tersenyum,dia ketawa.akak lihat mereka ,akak pun dapat rasai bahagia”

akak cornerlot bersurah panjang memeberitahuku.

“cinta yang ajaib sehingga penghujung usia” aku rumus untuk sudahkan bicaraku dengan makcikramah itu.

“setiap hari 77pasangan,couple melayu bercerai, bertalak, kemanakah hilang cinta yang ajaib itu”

Mindaku cuba mencari jawapnya

Saturday, October 22, 2011

keretapi pagi -perjalanan untuk terus hidup

Pukul empat pagi,jalan raya sepi dengan sebiji dua kenderaan.sunyi dan semuanya diam.

Lalu saya bertanya” berapa kali setahun pulang ke tanah siam”

“sebulan sekali kerana passport perlu dicop baharu”

saya terus bertanya”mengapa tidak enam bulan sekali seperti tukang masak tomyan”

Dia membetulkan bayi kecil di atas ribaannya yang terganggu paginya kerana si ibu perlu berperjalanan jauh. urusan hidup untuk terus merasa nikmat dimalaysia.

“permit si tukang tomyan perlu dibayar enam ratus ringgit untuk setiap enam bulan.Saya tidak bekerja di sini”

Dia menambah “lagipun suami saya sibuk mencari rezeki,setiap bulan saya berkeretapi ke thailand,saya boleh jengukkan ibu saya dan dua anak kecil ini warganegara thai. mereka perlu tahu susah senang saudara mereka di yala”

Saya tersukan perjalanan mengembara bersama minda bahawa dahulu datuk nenekku pernah berjuang ditanah pattani.

Hidup ini tugas kita adalah merungkaikan problem supaya ada nikmat untuk terus hidup. jangan jadi seperti kasut yang tidak di pakai. kasut akan usang sendiri.minda yang tidak di sibukkan untuk berfikir akan senang di serang virus

Monday, August 22, 2011

mencari passport kesyurga-berceramah pada diri sendiri

"kalau tak mampu buat sedikit , jangan tinggalkan semuanya, buatlah apa yang menjadi utama kerana boleh jadi yang sedikit kita buat itu besar pandangannya disisi tuhan daripada buat banyak tapi kecil pada sisi tuhan" ustaz you tube memberi pandangannya.

pemarkahan adalah milik dan rahsia Allah. kita tidak tahu dimana kita boleh score markah terbaik kerana ia dinilai bersama ikhlas. Orang pernah berkata "kegembiraan bukanlah destinasi yang dituju tetapi kegembiraan boleh di kutip sepanjang perjalanan dari tempat kita bermula sehinggalah ketempat kita tuju.


Syurga Allah adalah destinasi yang kita mahu tuju kerana kita cuma ada dua pilihan bila di sana nanti- satu berbahagia di surga atau derita di neraka. Ingatlah wahai diriku! kamu tiada pilihan ketiga

oleh itu sepanjang perjalanan menuju syurga Allah , ada syurga syurga dunia yang boleh dilalui. syurga terbaik ialah rasa tenang dan damai dalam hidup ini. Ia berkait dengan soal hati, manakala hati dicipta makanannya ialah zikir-mengingati bahawa kita adalah manusia yang selalu beruntung yang dilahirkan.

walaupun hati berada dalam tubuh fizikal, hati tidak memerlukan semata mata nasi beryani atau ayam golek terbaik untuk berasa tenang kerana bila perut kenyang tidak ada makna yang besar walau dihidang satu periuk kesedapan makanan. bila dalca kambing melepasi lidah maka hilanglah erti kesedepan. lalu hatipun terus mengambara mencari kebahagiaan. jika jauh dari tuhan, lidah tidak memahami kehendak hati, maka tiadalah zikir dari lidah untuk contribute kepada hati.

Hati mungkin berbahagia, sehari dua bila mula masuk rumah baru, kerana dari mata turun kehati. tetapi hati juga ada kelakuannya sendiri, sentiasa tidak puas dan berkehendak perkara baru. bila ada rumah yang lebih elok berdiri disebelah kediaman seseorang, hati pun mula meronta-alangkah bahagianya jika aku punya bajet untuk buat rumah yang lebih baru. maknanya hati makanannya bukan harta dan kemewahan kerana hati sedar kesemuanya itu akan pergi dan berpisah dengannya. lalu hati sentiasa kehausan berharap supaya makanannya di suap.

Kita pun mencari dan mencari dan selalu tersalah memberi makanan kepada hati.
begitulah hari demi hari. hati kita pun berbolak balik. turun naik mengikut pasaran saham disekelilingnya. amat susah menjaga hati, lalu beginilah aku setiap hari ketika berkereta dan bermotosikal berceramah pada diri sendiri. kekadang ala ustaz asri ,kekadang bagaikan sabihul samahah, sesekali seperti tuan guru.

Entahlah tidak aku tahu dimana aku beroleh kaedah ini, tetapi kesannya ternyata luarbiasa. aku mulakan salam pada diri sendiri, berceramah dengan penuh perasaan pada diri sendiri untuk membangkitkan kesedaran maksima.

sibuk berurus dengan dunia yang sementara, selalu tidak sempat untuk mendengar tazkirah, maka alternatifnya terpaksalah aku bersceramah pada diri sendiri. Jika berkaraoke adalah liburan yang dicari untuk menghiburkan hari yang resah gelisah, sesekali berceramah pada diri sendiri dan lihat kesannya. adakalnya kolam air mata bergenang dan melimpahi, turun membasahi pipi. dan kita berharap semoga airmat itu memepunyai nilai yang besar untuk menjadi passport ke syurga.

Sunday, August 21, 2011

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik"

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik" sesekali rasa sedar yang dalam menyelinap masuk jauh kedalam diri kita. lalu hati pun merasa semakin jauh dengan "tunjukkilah kami jalan yang lurus".

lalu tuhan mendatangkan sedikit tegurannya-kita pun mengenang 24 jam yang telah berlalu yang kita lalui dengan sibuk mengejar sesuatu yang sementara. kita pun mengenang seminggu yang lalu,sebulan yang lalu,setahun yang lalu-mungkar mungkar yang telah kita lakukan.

mungkin sebulan yang lalu, kita baru membayar duit riba dari pinjaman rumah atau kereta,sedangkan ugama menyatakan riba itu perkara terkutuk sehingga Allah mengistiharkan perang pada riba.
"wahai tuhan yang Pengasih maafkanlah kami,ampunilah kami"Hati kecil pun berdoa.

Kita pun berjalan semakin jauh tetapi semakin dekat dengan tarikh malam pertama di tanah sempit yang gelap dan sempit.
mungkin sudah setahun, kita tidak menghias iman sendiri, lalu tidak ada satu ayat dari kita yang mengajak"wahai kawan kawanku mari pergi solat". sedangkan contoh dari nabi - tidak pernah mengajar untuk kita pergi ke syurga seorang diri .

bukankah di penghabisan usia baginda, baginda masih menunjukkan kasihnya dengan menyebut- ummati,ummmati, ummatku ummatku.

sedangkan zikir kita, mungkin sehingga penghabis usia-pulus , pulus

"sesungguh tuhan itu sayang pada hambanya lebih dari seorang ibu kasih pada anaknya".Aku pernah mendengar kata kata ini. aku cuba mencari kekuatan dari ayat ini.

"wahai tuhanku,janganlah engkau serahkan urusan diriku dalam tanganku, aku tak mampu" setitis demi setitis air jernih mengalir menuruni pipi.

Allah beri nikmat pada subuh ini untuk berfikir begini. hilang sebentar serabut semalam.
aku teringat pada cik mat yang pernah ku dengar ceritanya dari seorang kawan baiknya, Dr sarjit singh.
Satu hari ketika menghadiri satu seminar, cik mat menginap satu bilik dengannya. Azan subuh berbunyi, lalu dia melihat cik mat bangun, menghamparkan sejadahnya dan solat. Dr sarjit teruskan tidurnya.

sejam sudah berlalu, lalu dia terjaga. Dia melihat disebelahnya, cik mat masih di sejadah dalam posisi duduk dan mata terpejam. Dia bangun untuk melihat dengan lebih jelas untuk memastikan cik mat masih bernafas. sedikit pergerakan kepalanya depan dan belakang, menunjukkan cik mat masih bernyawa. Dia pun terus berbaring semula dan sejam kedua pun berlalu. lebih hairan ,cik mat masih begitu...

Masa untuk menikmati sarapan pagi pun tiba. Di cofee garden, hotel, dr sarjit singh dan cik mat sedang bersarapan.

" cik mat- kenapa sembahyang pagi tadi terlalu lama, setahu saya solat pagi untuk muslim cuma beberapa minit sahaja"

lalu cik mat pun bercerita- inilah masanya dalam seminggu dia akan bertafakur- mengenangkan seminggu yang telah berlalu , apa apa kegagalan, dosa dan kesalah yang telah beliau lakukan dan perlu dibetulkan. seterusnya dia juga merancang untuk seminggu kedepan apa yang perlu dia lakukan.

"Inilah amalan yang saya waris dari orang tua saya, bahkan dalam sebulan kami seluruh keluarga akan berkumpul disubuh hari dan masing masing akan begini sejam atau dua jam- bertafakur untuk memperbaiki diri sendiri.

Aku cuba menjadi cik mat kedua tapi rupanya bukan mudah untuk mengekalkan amalan ini, walaupun cik mat hanya berkelulusan sekolah darjah enam tetapi cik mat ada satu yang sungguh mahal dari ijazah sebuah universiti.

" cik mat, saya ada boss yang selalu marah marah. malah selalu di marahi didepan orang ramai. bahkan kesemua staff pernah mengalami perkara yang sama dek panas baran boss keparat ini. boleh bagi tips bagaimana untuk ubahkan perangai boss saya "tanya seorang pekerja di alor setar,yang hadir program pembangunan motivasi bersama dr sarjit.

Mudah saja jawab cik mat-ketika kamu berhadapan keadaan begini-bisikkan pada hati kamu, kesian, kesian.
sambung cik mat, kita tidak boleh mengubah dunia tapi percayalah, kitalah yang perlu berubah maka dunia akan turut berubah bersama kita.
kita tidak mampu mengubah panas baran seseorang tetapi kita mampu mengubah pandangan kita- sesungguhnya dia sedang menghadapi masalah jiwanya. jiwanya sakit kerana tidak mampu kawal marahnya.kasihanilah dia

sejak hari itu saya juga mendapat tips- bila ada yang marah marah -cakaplah, bisiklah pada diri sendiri -kesian, kesian.
jika seorang singh juga menjadikan cik mat sebagai idola motivasinya. lagipun tidak tertulis salah laku serius jika seorang doktor falsafah beridolakan seorang motivator yang sempat bersekolah sehingga darjah enam.

wallahuaklam-


Wednesday, August 17, 2011

"Accomplish it or do not begin" ...mencari tuah hidup.

"Accomplish it or do not begin" aku terpandang kata kata bermakna ini pada pintu masuk sebuah sekolah gred A di Bukit Mertajam ketika melintasi jalan depannya.

bagiku kata kata yang menginspirasikan yang sedang berpesan " sudahkan atau jangan bermula". Ia mencabar ego seorang insan dan mendebarkan daya juang seorang pelajar tua sepertiku.

ya ,dulu aku juga seorang yang pernah duduk bersekolah bermula dari sekolah sains ternama, separuh jalan di tangga universiti dan teruskan kuliah di pusat kemahiran sehinggalah tamat kuliah dijalanan. begitu kuat sekali jiwa muda meneroka, semata mata untuk ilmu dan pengalaman baru.
Bukankah sepanjang hidup insan adalah menjadi pelajar dan pengajar. Paling leceh pun, sekurangnya jadilah guru pada diri sendiri.

"Tuah dalam hidup ini ialah bilamana ada rasa mahu belajar"otakku mula bersyarah pada diri sendiri.

"sewaktu masing masing puak mengatakan akulah yang betul, puak itulah yang sesat sedangkan masing masing memegang alquran di tangan kiri dan kanan, aku semakin merasa orang yang sudi belajarlah akan merintis hidayah"

"Adakah hidayah ini sama seperti jodoh, ia perlu dicari, di doa dan diusaha"? otakku semakin nakal bertanya.

Hari ini hari nuzul Quran. Turunnya buku panduan kepada manusia untuk dijadikan manual rujukan,
bagaimana manusia ini harus beroperasi dan dioperasikan.
dulu aku pernah mendengar satu logika yang disampaikan oleh seorang sarjana.
bila manusia mula memasukkan diri mereka dalam dunia industri, maka terciptalah komputer,tv,mesi basuh dan segalanya. pada setiap ciptaan ini disisipkan sebuah manual panduan untuk pengguna jadikan rujukan ketika mula mengoperasikannya.
kita pun membuka dan membaca lebih kerap pada permulaan membelinya supaya setiap mesin ini di operasikan dengan betul. setelah mahir menggunakannya, manual itu tidak lagi dilihat.

"apakah aku sudah merasa terlalu mahir untuk kendalikan hidup ini, maka buku panduan hidup manusia ini telah lama tidak kurujuk?ke situ pulak otakku bertanya.
"atau apakah aku sudah biasa dan selesa dengan hidup ini,tidak payahlah sebarang buku panduan ini". soalan dan demi soalan mengasak di hati kecil.

"sedangkan hakikatnya hidupku semakin kosong, stamina dan perfomance semakin menurun, kenapakan aku tidak kembali mencari semula buku panduan yang diturunkan bersama penciptaanku" jawap hati kecilku yang paling kecil.nampaknya semakin sengit otak baik sedang berhujah dengan otak jahat

sebenarnya aku rindu pada rajah rajah dan diagram diagram hidupku yang sebenar. aku rindu pada buku panduan hidupku. tapi sering saja ada alasan keramat ini,nantilah, aku akan mulakan satu hari nanti.

"kenapalah aku lemah dan sering menangguh untuk melakukan kebaikan,
wahai Tuhan, titislah setitis demi setitis kekuatan itu padaku"sempat juga aku berdoa mengharapkan supaya aku boleh terus accomplish it.

Alangkah lemahnya seorang insan jika tanpa hidayah...terkapai kapai mencari buku panduan yang telah lama hilang...