Nyalakan lampu kehidupan untuk merasa kebahagiaan-semudah potik di tepi, ditongah memyalo
Sunday, November 29, 2009
sunami ekonomi dari dubai.dunia akan terus menangis
beribu permit kerja dibatalkan setiap hari beribu pekerja dibuang dan bakal dibuang kerja.pasaran hartanah dan kereta mewah mula menjunam.
apakah sunami ekonomi itu akan sampai kesini.kita tunggu....
kepada rakan rakan dan kawan kawan,selamat berjaga jaga.
tingkatkan perjuangan dalam bisnes ekonomi ummah.
marilah kita berdoa untuk kebaikan kita bersama.
marilah kita gandakan usaha untuk bersama dalam perjuangan ini.
marilah terus memburu dalam bisnes multilevel syariah HPA ini.
mencari kekuatan baru untuk terus berlari bersama perjuangan HPA
antara yang terttulis ialah :
jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah..
teruskan
miskipun kaki luka dan berdarah.
Inilah jalan kita..
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.
Thursday, November 12, 2009
mencari bahagia hidup.bisnes yang dicari semua manusia
hebatnya seorang muslim itu ialah bila beroleh kebaikan dan nikmat ia bersyukur.
bila ditimpa keburukan ia bersabar.
tapi untuk "apply "kan dalam hidup seharian tidaklah semudah menyebutnya.
perlukan ilmu,latihan dan diuji.
jom terus membaca buah fikiran dan motivasi dari orang nombor satu HPA ini.
Buat semua warga kerja HPA.
Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan “hamba-hamba Allah yang soleh”, amin.
Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh) dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan bibir muslim dalam setiap detik dan waktu.
Tenanglah hati dalam menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba itu menuntut sejuta kesabaran.
Mereka yang kuat ujiannya terdiri dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan masing-masing.
Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan, tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.
Thursday, October 22, 2009
Aku ikhlaskan diriku bersama HPA .bacalah buku terbaru tuan hj ismail,NIAT -sebuah pantulan cahaya iman.

buku kecil ini dihadiahkan oleh seseorang sewaktu berkunjung ke hpa bandar perda.dari minda PU HPA Tn. Hj. Ismail bin Hj Ahmad.
NIAT adalah sebuah buku yang wajar dibaca untuk semua usahawan muslim.
-niat adalah bicara hati.cermatilah bahasa hati agar dia sentiasa benar benar lurus dengan perkataan dan perbuatan-mukasurat 12.
-seekor burung nuri boleh mengungkapkan lafaz niat yang tepat tetapi burung tersebut tidak upaya untuk merasai lafaz itu dilubuk hati apatah lagi memperjuangkan niat dalam sebuah wadah perjuangan-mukasurat 17.
pada halaman terakhir bacalah pesanan ini.
orang yang
tidak menjadikan niat
sebagai
agenda penting hidupnya
sebenarnya mereka
tidak mempunyai
perasaan takut dan harap
kepada Allah SWT
melainkan sedikit sahaja
terutama pada
kejadian kejadian tertentu.
semakin tinggi
kesedaran seseorang
untuk menjaga niat
semakin hampir
dia dengan Allah SWT
sehinggakan setiap waktu
niatnya sentiasa diperhatikannya agar
tidak wujud
tujuan yang kedua.
(sumber buku NIAT -pu hpa)
gen6kpu.
Wednesday, October 21, 2009
doa untuk RADIX PIZZA HOUSE

Saturday, October 17, 2009
mulakan disini.alang alang bisnes biar sampai kesyurga.
mari bisnes bersama kami.
sambil belajar
dan bercerita
bagaimana mahu menjadi pegawai perhubungan awam yang baik.
kerana perniagaan adalah ilmu dan skill untuk memenangi hati pelanggan.
wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
kita belajar menjadi pendakwah.
bagaimana untuk cekal dan sabar
mencari orang yang mahu kejayaan.
wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami
kita mulakan hari ini.
supaya kita boleh berlari pada hari esok.
wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
kita bina syurga dunia ini.
buat jambatan ke syurga akhirat suatu hari nanti.
wahai anak anak muda.
mari bisnes bersama kami.
mulakan disini.
bersama HPA
Friday, October 16, 2009
sekali hidup,carilah sekurangnya satu medan untuk berdakwah.'join"HPA dan alami keistimewaanya.
selepas ini berlaku kematian.
tetapi kematian adalah cuma syarat untuk transfer kealam kehidupan kedua.ini bermakna kita mati hanya mungkin beberapa jam.kemudian bermulalah alam kubur.ingatlah malam pertama di alam kubur.
malam yang indah dan penuh nikmat atau malam yang derita dan penuh penyesalan.cuma dua pilihan saja saya dan anda boleh memilih.
marilah kita mendoakan kehidupan kedua yang baik dan penuh nikmat.
marilah kita bermula dengan menjadi pejuang dikehidupan pertama ini dengan menjadi pendakwah.
mai mai pilih satu medan untuk ajak manusia dekat dengan tuhan pemilik alam kubur.
tidak ada lulusan dari pondok atau universiti islam.
itu bukan alasan untuk tidak ajak orang lain berubah menjadi lebih baik.
saya ingin berkongsi dengan saudara saudara sekelian.bagaimana untuk menjadikan HPA sebagai medan dakwah untuk kembangkan produk halalan dan toyyiba.lebih dari itu saya dan anda berjuang untuk memartabatkan ekonomi umat islam.
kerna jangan pandang remeh pada sekecil kebaikan yang mampu kita lakukan kerana mungkin kebaikan itu dinilai besar pada pandangan Allah sebagaimana jangan pandang remeh pada kemaksiatan yang kecil yang mungkin kita lakukan kerana takut takut semasa itu kemurkaan Allah besar.
so jangan pandang pandang saja.
jangan jeling jeling saja.
mari bersama kami,
dan bawalah bersama orang yang paling anda sayangi.
gen6kpu.tq