Monday, May 24, 2010

merindui kehidupan dulu yang serba sopan dan aman

satu ketika dulu, ketika ayah dan ibu bersawah padi dan cuma menggunakan racun rumpai yang sedikit. ketika padi tengah menghijau segar bugar, ada anak anak haruan bermain di celah celah rumpun padi. terhibur melihat pakcik dan makcik bersorak, ketika ikan haruan disentap ke angkasa sawah, hasil dari mudah memancing, di petang hari. dan itulah lauk kami sehingga kepagi. sihat dan berkat.

di dapur melihat ibu menyediakan masakan mudah tapi keenakan terasa hingga kini. ikan dipotong kecil kecil dicampur lengkuasnya, kunyitnya, serainya kemudian direbus didalam bungkusan dedaun pisang. bila pagi tiba, kami memakannya dengan nasi dari beras tanpa racun.

nasi panas panas dan ikan rebus, gabungan rasa dari pucuk daun dan bau serai lengkuas dan kunyit. fuuh makanan enak dan menu sihat. kami membesar tanpa mengenali penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah degupan jantung.

kini dikampung ayah dan ibu yang berusia memasuki usia 70 an masih segar dan sihat, berpeluh dan berjuang di dataran tanah dan kebun.

sedangkan kini kami, hidup ditengah kota batu dan kota kaku, dah mula cepat terasa penat dan kaki tangan cepat benar menjadi kebas kebas dek darah yang tidak lancar operasinya. tersekat kerana lemaknya ayam goreng segera. dan kencing menjadi semakin manis kerana gula kimia yang bertaburan didalam hidangan.

aku benar benar merindui kehidupan dulu.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com